Saya sangat tertarik dengan buku ini. Ia mengupas tentang perbezaan antara lelaki dan perempuan. Tapi untuk post yang ini saya akan menceritakan tentang lelaki dulu.
Buku ini menceritakan perbezaan ini dengan menganggap lelaki datang daripada planet marikh manakala perempuan daripada planet Venus. Nak jadikan cerita penduduk Mars telah datang ke Venus. Mereka telah jatuh cinta sesama sendiri. Mereka sangat suka dengan perbezaan diri mereka. Tapi satu hari mereka telah hilang ingatan dan lupa tentang perbezaan antara mereka. Disini bermula lah pelbagai konflik yang terjadi antara perempuan dan lelaki.Penulis sangat teliti dalam mengupas persoalan yang timbul tentang PERBEZAAN ini.
Lelaki lebih mementingkan kuasa, kebolehan, kecekapan dan pencapaian mereka. Harga diri mereka adalah melalui kebolehan mereka mencapai hasilnya. lelaki lebih suka berfantasi tentang kereta, dan gadget yang canggih diman ia sangat bertentangan dengan perempuan. Lelaki sangat berpuas hati jika dia dapat mencapai sesuatu dengan usahanya sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Ini kerana, mereka akan berasa diri mereka ini lemah jika bergantung dengan orang lain. Lelaki juga susah untuk menceritakan masalah mereka. Kaum ini menganggap menceritakan masalah kepada orang lain adalah satu kelemahan. Tapi jika mereka benar2 memerlukan bantuan, mereka akan mencari orang yang betul2 rapat untuk meluahkannya. Bagi mereka apabila seorang lelaki menceritakan masalah bermakna lelaki itu meminta nasihat. Oleh itu, apabila perempuan berkongsi masalah, lelaki menganggap perempuan itu meminta nasihat daripadanya. Ini juga caranya menunjukan kasih sayang dan sokongan. Tapi lelaki sangat sukar untuk terus mendengar tentang maslah perempuan jika setiap cadangan mereka ditolak. Ini membuatkan lelaki berasa kecewa kerana setiap cadanganya ditolak dan menyebakan dia merasa dirinya tak berguna. Oleh itu, lelaki perlulah memahami perbezaan diri mereka deangan perempuan. Perempuan perlulah tahu bahawa jangan menawarkan bantuan, ini kerana lelaki lebih suka menyelesaikan masalah mereka sendiri selagi mereka tidak meminta bantuan.
SUMBER : MAN FROM MARS, WOMEN FROM VENUS-WRITTEN BY JOHN GRAY